Yok Hantar Jajan Raya 3.0



Diterbitkan pada 17 Apr, 2023

Program RTM Di Lokasi : Yok Hantar Jajan Raya 3.0 yang bermula sejak Ahad lalu hingga Selasa berjalan lancar.

Hadir sama ke lokasi terakhir di Batu Pahat dan Kluang ialah Pengarah Penyiaran Negeri Johor serta serta wakil-wakil pejabat DUN terlibat termasuk ADUN Rengit, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Enam penerima di daerah terlibat menerima sumbangan daripada RTM dan rakan-rakan penaja iaitu Naurah Care Malaysia, KPJ Johor Specialist Hospital, Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Yayasan Johor Corporation dan Southern Lion Sdn Bhd.

Pada masa sama, KPJ Johor Specialist Hospital turut memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penerima-penerima sumbangan Yok Hantar Jajan Raya.

#yokhantarjajanraya #rengitbatupahat #machapkluang #Johorfm #kpjhealthcare #Econsave #naurahcare #yayaasanjcorp #southernlion #RTMTEMANSETIAANDA #RTMKlik