SOLAT HAJAT KHAS UNTUK PALESTIN



Diterbitkan pada 26 Okt, 2023

KELAB DAN SURAU RTM JOHOR LANCAR TABUNG MALAYSIA STAND WITH PALESTIN

JOHOR BAHRU, 26 Oktober- Kelab RTM Johor dengan kerjasama Surau Ar Raudhah hari ini melancarkan Tabung Malaysia Stand With Palestin, sebagai salah satu usaha kakitangan Jabatan Penyiaran Negeri Johor memberikan sumbangan kepada umat Islam di negara bergolak ketika ini.

Yang Dipertua Kelab RTM, Mohd Hisham Abdul Samad berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu meringankan beban yang sedang dihadapi penduduk di Palestin terutama melibatkan bekalan makanan, kesihatan dan bantuan lain.

Tabung itu akan ditempatkan di premis jabatan sehingga 9 November nanti, sebelum diserahkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diuruskan Kementerian Luar Negeri.

Selain pelancaran tabung Malaysia Stand With Palestine, turut diadakan solat sunat hajat dan tahlil pada pagi tadi, yang disertai kakitangan Jabatan Penyiaran negeri.