
Diterbitkan pada 20 Sep, 2022
Pengarah SPRM Johor, YBhg. Dato’ Haji Azmi Bin Haji Alias meluangkan masa hari ini mengadakan Kunjungan Hormat ke RTM Johor dengan disambut Pengarah Penyiaran Johor, Encik Ramlee Bin Johari dan Timbalan Pengarah RTM Johor, Encik Zainal Bin Zakaria.
Pelbagai perkongsian dibincangkan termasuk cadangan program kolaborasi drama yang dijangka akan dilaksanakan tahun hadapan berkaitan pendedahan kes-kes sebenar jenayah rasuah. Fokus penerbitan drama itu bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia untuk bebas daripada rasuah.
Turut hadir bersama ialah Penolong Kanan Pesuruhjaya Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor
Terima kasih SPRM Johor!