Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor



Diterbitkan pada 05 Okt, 2022

Pengarah Penyiaran Negeri Johor, Encik Ramlee Johari menerima Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor, Puan Suraya Wen ke RTM Johor pada 5 Oktober 2022.

Pelbagai perkongsian dibincangkan bersama untuk mengeratkan hubungan kedua-dua jabatan.

Turut bersama, Timbalan Pengarah Perpaduan, Puan Noraishah A. Jabbar, Timbalan Pengarah Penyiaran, Encik Zainal Zakaria, Ketua Bahagian Rancangan RTM Johor, Puan Zahrinul-Aini Sumery dan Jurutera RTM Johor, Encik Muhammad Hafiz Makhtar@Mokhtar.

#johorfmpermataselatan #keluargamalaysiateguhbersama