Segmen-segmen JOHORfm


Segmen

Segmen Hello Permata

SEGMEN HELLO PERMATA (6.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
Menceriakan pagi pendengar dengan zon lagu-lagu hits dari tahun 2015 hingga terkini bermula 6.00 pagi hingga 9.00 pagi. Lagu-lagu terbaik millennia (tahun 2000-2015) pula akan diputarkan selama satu jam bermula 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Muzik Tanpa Henti (MTH) juga disajikan dengan lagu-lagu hits tahun 90-an selama satu jam bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala zon lagu-lagu terbaik 90-an pula akan mengambil alih siaran bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Selain itu, lagu Irama Dari Selatan (Lagu Khas Johor) akan diputarkan pada setiap jam sepanjang 18 jam siaran. Tidak ketinggalan, pendengar boleh berinteraksi secara terus dengan para penyampai menerusi panggilan telefon, media sosial JOHORfm (Facebook, Instagram & Twitter) dan Facebook Live. Pelbagai pengisian rancangan menarik dan berinformasi turut disusun selama 6 jam siaran seperti Tazkirah, Tajuk Akhbar Hari Ini, Berita JOHORfm, Bicara YB, Kak Zie Kempas, Seleksi Konti Selamat Pagi Malaysia, Yok Donga Be!, Carta Pop Yeh Yeh, Khabar Dari Daerah dan banyak lagi.

Segmen

Segmen Yok Ngeteh!

SEGMEN YOK NGETEH (12.00 TENGAH HARI – 6.00 PETANG)
Susunan lagu-lagu sepanjang zaman sepanjang segmen ini pasti menggamit memori pendengar. Bermula dengan zon lagu-lagu terbaik 70-an & 80-an bermula 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang. Diikuti dengan zon lagu-lagu istimewa Ghazal & Zapin selama satu jam bermula 2.00 petang hingga 3.00 petang. Pendengar kemudian disajikan dengan Muzik Tanpa Henti (MTH) selama satu jam untuk lagu-lagu nostalgia klasik. Zon lagu kenangan 60-an pula mengambil alih selama satu jam selepas itu sehingga 5.00 petang. Hiburan diteruskan dengan Zon lagu-lagu terbaik Dangdut bermula 5.00 petang hingga 6.00 petang. Selain zon interaktif bersama pendengar menerusi panggilan telefon mahupun media sosial JOHORfm, banyak rancangan terbaik disusun pada segmen ini seperti Johor Di Sana Sini (JDSS), Program Inovasi Khidmat Awam (PIKA), Ghazal Termasyhur, Hindi Hits, Konti Bervisual, rancangan kanak-kanak Apun & Dedek, Berita JOHORfm dan banyak lagi.



Segmen

Segmen Memori Malam

SEGMEN MEMORI MALAM (6.00 PETANG – 12.00 TENGAH MALAM)
Segmen dibuka dengan susunan Muzik Tanpa Henti (MTH) selama satu jam yang menyiarkan lagu-lagu Seleksi Antarabangsa seperti irama Latin, Padang Pasir dan Hindi sehingga 7.00 malam. Zon lagu-lagu Melodi Keroncong pula menemani dari pukul 7.00 malam hingga 8.00 malam. Jam seterusnya sehingga 9.00 malam pula adalah zon lagu-lagu hits terkini dari tahun 2015. Bermula pukul 9.00 malam, pendengar boleh memilih lagu-lagu kegemaran sendiri dengan zon Seleksi Pendengar. Pelbagai rancangan menarik juga disusun sepanjang 6 jam seperti Alunan Kalamullah, Rock Sampai Bila-Bila, Santai Selebriti dan program Stesen Kembar Kota Iskandar Seri Iskandar.

Segmen

Segmen Johor Selepas Malam

SEGMEN JOHOR SELEPAS MALAM - J.S.M (12.00 tgh mlm – 6.00 pagi)
Ini merupakan segmen khas JOHORfm yang akan bersiaran 24 jam untuk hari-hari istimewa dengan tema tertentu seperti siaran khas JSM Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Kebangsaan, dan Tahun Baharu. Pelbagai susunan lagu-lagu menarik sepanjang segmen ini bermula dengan Muzik Tanpa Henti (MTH) Terbaik Dangdut selama satu jam bermula 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. Zon lagu-lagu Pilihan JSM pula bermula pada pukul 1.00 pagi hingga 4.00 petang dengan diselang selikan dengan interaksi bersama pendengar menerusi panggilan telefon dan media sosial JOHORfm. Khas dalam JSM adalah putaran lagu-lagu Irama Dari Selatan (Lagu Khas Johor) yang disiarkan setiap jam sepanjang hari akan disusun selama satu jam dalam segmen ini bermula 4.00 pagi – 5.00 pagi. Segmen JSM ditutup dengan lagu-lagu kerohanian bermula 5.00 pagi sehingga 6.00 pagi.