Mengenai JOHORfm


  • Perutusan Pengarah

  • Sejarah
    Tahun Keterangan
    1965 Penubuhan Rangkaian Radio Malaysia Kawasan Selatan
    1966 Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Sir Ismail
    Ibu pejabat RTM Kawasan Selatan dipindahkan dari Melaka ke Johor Bahru.
    1988 – Bulan Ogos, siaran RMJB dipancarkan melalui FM Stereo. Kawasan dan
    tempatan dikenali sebagai Radio 3. Radio 3 Kawasan Selatan (Siaran Kawasan)
    manakala Radio 3 Johor Bahru (Siaran Tempatan)
    1994 Stesen RTM Johor Bahru & FMJB mula beroperasi dari Kompleks Penerangan &
    Penyiaran Sultan Iskandar.
    1997 12 April, Kompleks Penerangan & Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh
    DYMM Sultan Johor.
    Radio 3 ditukarkan nama kepada Radio Malaysia Johor.
    2005 Pada bulan Jun, Radio Malaysia Johor bertukar nama kepada JOHORFM Permata
    Selatan dan dilancarakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Abdul
    Ghani Othman.

  • Carta Organisasi

    Carta OrganisasiBahagian Khidmat PengurusanBahagian Operasi PenyiaranBahagian RancanganBahagian Berita Ehwal Semasa

  • Maklumat Bahagian

    Operasi harian JOHORfm dikendalikan oleh 3 bahagian iaitu Bahagian Rancangan, Bahagian Kejuruteraan serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

    i) Bahagian Rancangan

    Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan JOHORfm. Selain mengatur kandungan siaran JOHORfm, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio JOHORfm.

    ii) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

    Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran Johor termasuk urusan pengangkutan.

    iii) Bahagian Kejuruteraan

    Bahagian Kejuruteraan menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya bila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi".

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI

    Memenangi hati dan pemikiran rakyat melalui perkhidmatan radio, TV dan media baharu.

    MISI

    • Membina masyarakat bermaklumat melalui perkhidmatan radio, TV dan media baharu.
    • Memastikan RTM diyakini dan menjadi media pilihan utama.
    • Membangunkan kandungan yang berkualiti, kreatif dan inovatif.
    • Memanfaatkan pembangunan infrastruktur penyiaran untuk liputan yang meluas dengan penggunaan teknologi terkini

    OBJEKTIF

    • Menyebar luas maklumat melalui pelbagai platform siaran.
    • Memangkin pembangunan industri kandungan kreatif negara.
    • Mendukung warisan dan budaya bangsa Malaysia.
    • Memperluas jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam dan luar negara.

  • Jadual Siaran