+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI JOHORFM+++DENGARKAN JOHORFM PERMATA SELATAN II+++MUAFAKAT JOHOR+++

7 November 1963 Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar. Keluasan 10 hektar dengan kuasa 10 kw. Pemancar gelombang sederhana

1965 Rangkaian Radio Malaysia Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) mula keudara

4 Jun, 1966 Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sulan Johor, Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

1968 Tambahan 3 Rangkaian lagi siaran radio daerah dalam Bahasa Mandrin, Inggeris dan Tamil (Rangkaian Biru, Merah dan Hijau)

1971 Ibu Pejabat RTM Kawasan Selatan dipindahkan ke Johor Bahru dari Melaka.

1976 Waktu Siaran Kawasan Selatan bagi Rangkaian Nasional ditambah satu jam iaitu 1530 ­ 1915 (3.30 ptg. ­ 7.15 mlm). Siaran Tempatan bermula dari 1915 1915 (5.15 ptg. ­ 7.15 mlm).

1September, 1980 Waktu siaran Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu 0810 ­ 0900 (8.00 pg. ­ 9.00 pg.)

1 Januari, 1982 Waktu Siaran Rangkaian Nasional terus bertambah dari pukul 0800 ­ 0900 dan 1530 ­ 1945 (8.00 pg. ­ 9.00 pg. dan 3.30 ptg. ­ 7.45 mlm.)

30 Ogos, 1988 Siaran RMJB disiarkan melalui FM Stereo, iaitu jam 0700 ­ 0900 dan 1530 ­ 1945 (7.00 pg. ­ 9.00 pg. dan 3.30 ptg. ­ 7.45 mlm.)

20 Oktober, 1988 FM Stereo ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula dari 0600 ­ 2400 (6.00 pg. ­ 12.00 tgm.). RMJB ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 mw

1 Januari, 1989 Siaran Daerah Kawasan Selatan bagi Rangkaian Biru, Merah, Hijau dibatalkan dan diganti dengan siaran Kebangsaan, sumbangan stesen hanya dalam bentuk "Kapsul"

31 Ogos, 1989 Siaran Kawasan dan Tempatan dikenali dengan Radio 3. Radio 3 Kawasan Selatan (siaran Kawasan) Radio 3 Johor Bahru (siaran Tempatan)

1 Januari, 1990 Siaran Radio 3 Pagi : 7.00 pg. ­ 9.00 pg. Petang : 3.10 ptg. ­ 8.10 mlm.

3. September, 1990 Siaran Radio 3 Pagi : 6.00 pg. ­ 9.00 pg. Petang : 2.00 ptg. ­ 9.00 mlm.

1 Mei, 1991 Bilik Hubungan (FM) mula digunakan

1 Januari, 1992 Tambahan masa siaran 6.00 pagi ­ 9.00 mlm. Siaran Stesen RMJB yang keudara melalui mediumwave (mw) mula juga disiarkan melalui Gelombang FM

1 Janauri, 1993 Tambahan masa siaran 6.00 pg ­ 12.00 mlm. Jumlah siaran Radio 3 Johor Bahru 18 jam sehari.

1994 Stesen RTM Johor dan FMJB mula beroperasi dari bangunan baru iaitu Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar. Dengan pembinaan Kompleks ini kawasan seluas lebih 75 ekar sekarang menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan serta Stesen Pemancar Johor Bahru.

1 November, 1995 Siaran Radio 3 Johor telah menggunakan peralatan sistem Digital (berkomputer)

12 April, 1997 Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor

31 Ogos, 1998 Radio 3 Johor bertukar nama kepada RADIO MALAYSIA JOHOR

2 JUN 2005 Radio Malaysia Johor bertukar nama kepada JOHOR FM PERMATA SELATAN. Dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman, berikutan penjenamaan semula stesen radio RTM.

JURUHEBAH JOHORFM

  • DJ Suzie

  • DJ Taufik Hensem

  • DJ Saufi

  • DJ Nurrulista

  • DJ Dave

  • DJ Anis

  • 1
  • 2

Hak Cipta Terpelihara © 2014 Jabatan Penyiaran Malaysia Johor Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Johor, Jalan Tasek Utara,80990 Johor Darul Takzim. Tel: 07-2245666 Faks: 07-2245773/ Emel: rtmjb@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill