INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

Penubuhan JOHORfm
Tahun Keterangan
1965 Penubuhan Rangkaian Radio Malaysia Kawasan Selatan
1966 Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Sir Ismail
Ibu pejabat RTM Kawasan Selatan dipindahkan dari Melaka ke Johor Bahru.
1988 – Bulan Ogos, siaran RMJB dipancarkan melalui FM Stereo. Kawasan dan
tempatan dikenali sebagai Radio 3. Radio 3 Kawasan Selatan (Siaran Kawasan)
manakala Radio 3 Johor Bahru (Siaran Tempatan)
1994 Stesen RTM Johor Bahru & FMJB mula beroperasi dari Kompleks Penerangan &
Penyiaran Sultan Iskandar.
1997 12 April, Kompleks Penerangan & Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh
DYMM Sultan Johor.
Radio 3 ditukarkan nama kepada Radio Malaysia Johor.
2005 Pada bulan Jun, Radio Malaysia Johor bertukar nama kepada JOHORFM Permata
Selatan dan dilancarakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Abdul
Ghani Othman.
Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.


Operasi harian JOHORfm dikendalikan oleh 3 bahagian iaitu Bahagian Rancangan, Bahagian Kejuruteraan serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

i) Bahagian Rancangan

Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan JOHORfm. Selain mengatur kandungan siaran JOHORfm, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio JOHORfm.

ii) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran Johor termasuk urusan pengangkutan.

iii) Bahagian Kejuruteraan

Bahagian Kejuruteraan menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya bila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi".

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.