Program Bubur Lambuk Pandu Lalu JOHORfm diadakan selama 2 hari pada 10-11 Jun 2018 bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru. JOHORfm mencatat satu lagi kejayaan tahun ini apabila berjaya memasak sebanyak 30 periuk bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat setempat secara pandu lalu. Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif, Yang Berhormat Sheikh Umar Ali.