SEGMEN HELLO PERMATA (6.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI)
Menceriakan pagi pendengar dengan zon lagu-lagu hits dari tahun 2015 hingga terkini bermula 6.00 pagi hingga 9.00 pagi. Lagu-lagu terbaik millennia (tahun 2000-2015) pula akan diputarkan selama satu jam bermula 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Muzik Tanpa Henti (MTH) juga disajikan dengan lagu-lagu hits tahun 90-an selama satu jam bermula 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala zon lagu-lagu terbaik 90-an pula akan mengambil alih siaran bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Selain itu, lagu Irama Dari Selatan (Lagu Khas Johor) akan diputarkan pada setiap jam sepanjang 18 jam siaran. Tidak ketinggalan, pendengar boleh berinteraksi secara terus dengan para penyampai menerusi panggilan telefon, media sosial JOHORfm (Facebook, Instagram & Twitter) dan Facebook Live. Pelbagai pengisian rancangan menarik dan berinformasi turut disusun selama 6 jam siaran seperti Tazkirah, Tajuk Akhbar Hari Ini, Berita JOHORfm, Bicara YB, Kak Zie Kempas, Seleksi Konti Selamat Pagi Malaysia, Yok Donga Be!, Carta Pop Yeh Yeh, Khabar Dari Daerah dan banyak lagi