aspirasi merdeka

Program Aspirasi Merdeka 2018 kali ini telah diadakan pada 8 September 2018 bertempat di Muzium Tokoh, Bukit Senyum, Johor.

Signifikan program ini adalah bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan mengenang kembali perjuangan serta sumbangan tokoh-tokoh perjuangan terdahulu daripada pelbagai bidang.

Pada kali ini, Johorfm turut melibatkan dua buah sekolah berdekatan iaitu Sekolah Dato Jaafar dan Maktab Sultan Abu Bakar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti 'Explorace', Sukaneka dan juga penyampaian sumbangan daripada pihak Econsave kepada 20 orang pelajar yang memerlukan.