JEJAK MERDEKA

Bukit Kepong – Warga kerja JOHORfm yang terlibat dalam menjayakan Program Radio Di Lokasi JEJAK MERDEKA JOHOR  2018 yang berlangsung di Galeri Darurat Bukit Kepong berkampung di sini selama dua hari.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya pertandingan SUDOKU, Merdeka Hunt, Konsert Legenda dan lain-lain.

Program ini memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar IKBN yang turut sama terlibat dalam JEJAK MERDEKA JOHOR 2018 kali ini.