WhatsApp Image 2018 08 12 at 16 06 49 jpegMersing - Seramai 31 orang warga kerja JOHORfm berkumpul di perkarangan tempat letak kereta Jabatan Penyiaran Johor seawal 4.30 pagi untuk bergerak ke Jeti Mersing bagi menjayakan program JOM JELAJAH JOHOR 2018 EDISI PULAU.

Program ini mengetengahkan enam buah pulau yang terletak di negeri Johor iaitu Pulau Tengah, Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Pulau Aur.

Program JOM JELAJAH JOHOR 2018 EDISI PULAU kali ini berjaya mencatat sejarah apabila menjadi stesen radio pertama yang bersiaran secara langsung menerusi dua segmen utama iaitu segmen “Permata 10-2” dan “Yok Ngeteh!” di dua buah pulau dan berlintas langsung dari pulau ke pulau.